Pemuda Gerakan mengkritik saman undang-undang Ahli Parlimen PKR terhadap Speaker Chai Ko Thing: Ahli Parlimen tidak sepatutnya menyasarkan Speaker dan menjejaskan integriti prosiding Parlimen

chai-ko-ting-gerakan

Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda Gerakan merangkap penyelaras DUN Chai Ko Thing mengkritik Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang telah memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah semalam kerana tidak berpuas hati bahawa dua soalannya yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Chai menyifatkan saman undang-undang Ahli Parlimen PKR sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau menegaskan bahawa adalah salah bagi Hee untuk mendapatkan publisiti yang murah untuk mengekalkan pencalonannya dalam pilihan raya umum yang akan datang. Dia mengkritik bahawa kecemasan Hee untuk dinamakan semula sebagai calon PKR jelas kelihatan, beliau tidak seharusnya menyebabkan gangguan yang akan menjejaskan integriti proses Parlimen.

“Standing Order Parlimen dengan jelas memberi budi bicara penuh kepada Speaker mengenai perkara ini, sebarang percubaan untuk menyeretnya ke mahkamah atas sebarang penolakan yang dibuat akan menimbulkan keraguan terhadap integriti Parlimen, ia juga akan membuka pintu kepada kejadian yang serupa di masa depan,” kata Chai.

Chai berkata Ahli Parlimen pembangkang yang tidak puas hati dengan menyalahkan Speaker kerana tidak membenarkan soalan mengenai 1MDB untuk dibahaskan di Parlimen hanya memainkan politik. Beliau menegaskan bahawa Speaker harus dibenarkan menjalankan tugas beliau tanpa diganggu oleh cabaran undang-undang yang tidak diperlukan di luar Dewan.

Chai menegaskan bahawa tuduhan pembangkang bahawa tidak ada soalan 1MDB yang dijawab adalah tidak betul, kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telahpun membentangkan laporannya di Parlimen untuk diteliti oleh semua Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen pembangkang. Malah, Chai menegaskan bahawa Speaker telah membenarkan 19 soalan mengenai 1MDB untuk dibangkitkan dalam persidangan Parlimen pada kali ini.

“Sekiranya Speaker boleh didakwa kerana soalan parlimen ditolak, barangkali beliau boleh didakwa banyak kali lagi oleh Ahli Parlimen lain yang tidak berpuas hati, kerana ia bukan hanya soalan berkaitan 1MDB yang telah ditolak tetapi banyak soalan lain di bawah Standing Order 23 (C ), cubaan untuk mensasarkan Speaker dan mendesak kelulusan terhadap soalan-soalan mereka yang bermotifkan politik sememangnya adalag salah, “kata Chai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: