Azmin: Tarik notis roboh, cari premis sesuai untuk sekolah Rohingya (3.4.17)

azmin-ali_sekolah_Rohingya_600

Kerajaan Selangor sudah menarik balik notis meroboh sekolah kanak-kanak Rohingya di Sri Serdang dan sedang mencari premis sesuai bagi menempatkan pusat pembelajaran itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar itu berkata, tindakan bersifat perikemanusiaan perlu diberikan kepada etnik Rohingya di Malaysia, khasnya dalam bidang pendidikan.

“Kerajaan negeri sudah meneliti (notis roboh sekolah Rohingya) dan kita mengambil ketetapan notis dikeluarkan pejabat daerah kepada sekolah anak Rohingya ini ditarik semula.

“Ia untuk memastikan pejabat daerah dan Majlis Perbandaran Subang Jaya dapat mengenal pasti premis lain yang bersesuaian untuk pendidikan anak-anak Rohingya ini,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau mengulas 2 notis dikeluarkan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang mengarahkan Knowledge Garden Learning Centre School (KGLCS) di Sri Serdang dikosongkan atau berisiko dirobohkan.

Susulan itu, lebih 50 murid dan guru sekolah itu merayu kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan perobohan itu, Sabtu lalu.

Pengerusi Pertubuhan Serantau Muslim yang mewakili warga sekolah itu, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, KGLCS mula beroperasi sejak 2014 dan menempatkan 40 murid darjah 1 hingga 6.

Pada 29 Disember lalu, Pentadbir Tanah Daerah Petaling mengeluarkan notis pengosongan bangunan yang menyatakan pemilik bangunan itu melakukan kesalahan pendudukan tidak sah di atas tanah kerajaan negeri.

Bulan lalu, penguat kuasa Pentadbir Tanah Daerah Petaling merobohkan beberapa unit bangunan sekolah itu.

Sumber: FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: