Selangor Diminta Perjelas Dakwaan Salah Guna Kuasa YAWAS (14.3.17)

Yawas Scandal

Seorang anggota Parlimen hari ini menggesa kerajaan Selangor menjelaskkan dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE), iaitu program di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mendakwa ada bukti surat daripada Perbendaharaan Selangor bertarikh 13 Dis 2013 kepada pengurus cawangan Ambank yang memohon membuka akaun SMUE atas nama sembilan anggota Parlimen pembangkang membabitkan peruntukan RM10 juta.

“Justeru saya ingin kemukakan tiga persoalan yang harus dijawab kerajaan Selangor iaitu pertama, adakah benar RM10 juta dari dana warga emas, SMUE dan YAWAS telah dimasukkan ke dalam akaun sembilan anggota Parlimen pembangkang?

“Kedua, dari mana sumber dana RM10 juta ini diperoleh dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang telah dimasukkan ke dalam akaun terbabit?,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut mendakwa berlaku skandal melibatkan YAWAS apabila individu dipercayai muflis dilantik sebagai pengurus besar sejak 2008 untuk menguruskan dana YAWAS yang membabitkan peruntukan kira-kira RM500 juta setahun.

Irmohizam berkata Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 telah merumuskan program di bawah YAWAS meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara itu.

“Ini bermakna biarpun telah ditegur dalam laporan audit, YAWAS masih terus beroperasi tanpa Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dokumen yang lengkap sehingga ke tahun ini.

“Keraguan ditambah lagi apabila transaksi dana YAWAS berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan kebajikan rakyat Selangor telah disalah gunakan apabila ia disalurkan kepada anggota Parlimen pembangkang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: