Gerakan lapor ‘salah guna kuasa’ Rafizi pada SPRM (8.3.17)

David Rafizi

Gerakan Selangor hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Pengerusinya Datuk David Ang Chin Tat berkata Rafizi mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor dan keadaan itu mewujudkan percanggahan kepentingan.

Lebih-lebih lagi, kata Ang, Selangor meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti Splash – angka yang 11 kali lebih tinggi daripada yang ditawarkan bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pada Ogos 2014, Rafizi dalam blognya berkata, ‘Langkah Kajang’ dibuat kerana Khalid salah laku dalam perjanjian itu dengan Splash.”

“Beliau juga mendedahkan pertemuan dengan Khalid dan PKR yang kita merasakan bahawa terdapat sebab untuk mengesyaki kemungkinan konflik kepentingan apabila ahli-ahli politik yang terlibat dalam rundingan antara kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta.

“Membayar 11 kali lebih tinggi kepada sebuah syarikat swasta tidak masuk akal apabila anda boleh membayar 11 kali lebih rendah.

“Oleh itu, kami membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat jika terdapat sebarang salah guna kuasa,” katanya.

Sementara itu, Ang berkata, Rafizi perlu memberi perhatian kepada isu itu berbanding terus mengulas hal ehwal Felda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Malaysiakini sudah menghubungi Rafizi dan sedang menunggu maklum balas daripada beliau.

 
Sumber: Mkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: