GERAKAN GESA TINDAKAN TEGAS PM TERHADAP JAMAL YUNUS (14.10.16)

ANDY YONG PROFILE 2

Tindakan Jamal mengugut sebagai mengganggu ketenteraman awam negara ini perlu diambil serius oleh Pengerusi Barisan Nasional itu.

Gerakan menggesa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil tindakan tegas ke atas Pemimpin Gabungan NGO Melayu, Datuk Seri Jamal Yunus yang cuba menggangu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Pemudanya, Andy Yong berkata, tindakan Jamal mengugut sebagai mengganggu ketenteraman awam negara ini perlu diambil serius oleh Pengerusi Barisan Nasional itu.

“Tindakan Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar juga membawa imej buruk terhadap ketenteraman negara selain menjatuhkan imej BN.

“Maka satu tindakan tegas dan drastik perlu diambil segera sebelum terlambat,” katanya lagi.

Jamal bersama skuad Merah V mengekori kumpulan jelajah Bersih 5.0 ke seluruh negara yang merancang untuk Himpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini dan merempuh mereka.

“Dalam kejadian terbaru di Sabak Bernam, seorang penyokong Bersih berpakaian baju kuning yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ditarik dan dibelasah oleh kumpulan Baju Merah.

“Saya dapat lihat klip video yang viral dalam sosial media dan mendapati ahli-ahli baju merah itu ialah pemuda UMNO dan segera dikecam oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

“Sikap Jamal Yunus bercanggah dengan sikap bermuafakatan, perpaduan antara kaum yang diamalkan selama ini. Dan tindakan Jamal memberi amaran mungkin rusuhan May 13 mungkin akan cetus adalah melampau.

“Saya telah membuat laporan polis berkenaan itu untuk tindakan sewajarnya,” katanya lagi. – Tamil Nesan

Source: http://www.therakyatpost.my/index.php/media/tamil/item/3555-gerakan-gesa-tindakan-tegas-pm-terhadap-jamal-yunus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: