Gerakan Selangor: Tangani kes tembakan (16.8.16)

Gerakan Sel SDC 1

Pihak berkuasa digesa me­ning­katkan penguatkuasaan terhadap sindiket penyeludupan senjata api haram dan kegiatan jenayah kongsi gelap bagi membanteras kes tembak yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Perkara itu merupakan antara lima resolusi yang diluluskan Gerakan Selangor dalam Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Sela­ngor 2016 hari ini.

Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk Ang Chin Tat berkata, usaha membanteras sindiket itu sangat pen­ting kerana dikhuatiri sekiranya dibiarkan berlarutan, ia mampu memberi implikasi besar kepada keselamatan awam, sekali gus menimbulkan persepsi negatif imej negara di mata dunia.

“Lima resolusi yang diluluskan antaranya mengutarakan keperluan untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan di negara ini bagi mencegah kes tembakan di tempat awam. Gerakan Selangor memberi perhatian terhadap peningkatan kes pembunuhan melibatkan senjata api khususnya jenayah kongsi gelap yang bertindak melampaui batas.

“Malah, tahun ini sahaja menyaksikan beberapa kejadian tembakan meragut nyawa di tempat awam. Justeru, kami menggesa pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan terhadap sindiket tersebut untuk membanteras kegiatan ini secara habis-habisan,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Dalam pada itu, Chin Tat berkata, resolusi kedua menyeru penggunaan dan pelaksanaan undang-undang sekuriti baharu se­perti Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016; Akta Kesalahan Kese­lamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang perlu tertakluk kepada semakan mahkamah sebagai check and balance.

Katanya, selain meng­hargai keperluan undang-undang sekuriti berkenaan untuk menjamin keselamatan negara daripada sebarang ancaman pengganas tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa mutlak oleh pihak bertanggungjawab.

Menurut beliau, resolusi ketiga yang diluluskan juga menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji semula cadangan pengambilan tanah daripada hutan simpan kekal di negeri tersebut bagi tujuan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) untuk memastikan bekalan air di Selangor mencukupi.

Tambahnya, resolusi keempat menggesa sebarang cadangan per­himpunan oleh pihak-pihak se­perti perhimpunan haram Bersih dan perhimpunan rakyat bersatu (baju merah) yang memu­daratkan ketenteraman awam patut diberhentikan atau dikawal.

“Resolusi kelima antaranya mengutarakan keperluan mendesak untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk semua graduan universiti di negara ini.

“Gerakan Selangor menyeru agar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi mengetepikan kepenti­ngan politik dan menanam kepen­tingan negara demi memartabatkan pe­nguasaan bahasa Inggeris tanpa mengabaikan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/tangani-kes-tembakan-1.370634#sthash.10HYYGuc.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: