Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong akhirnya terpaksa mengakui kerajaan Selangor membuat pindahan status tanah di Paya Indah Wetlands walaupun sebelum ini menafikan tidak ada ada pemindahan status tanah dilakukan.
Namun, Wong cuba menidakkan pendedahan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dengan mendakwa Lot Tanah Milik Salak Land Development Sdn Bhd (Lot 68054) termasuk di dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
Pengakuan Wong ini secara tidak langsung mengakui status tanah berkenaan sememangnya telah ditukar daripada kawasan pertanian kepada kawasan pembangunan seperti yang didedahkan oleh Badrul Hisham atau dikenali Chegubard melalui Catatan Carian Persendirian mengikut Seksyen 384, Kanun Tanah Negara.
“Apa yang diluar Lot 4827 dan 3974 bukan di dalam Paya Indah Wetland. Lot dengan pemilik (adalah) lain dan sebagainya.
“Saya rasa itu lot di luar kawasan Paya Indah, ia adalah lot persendirian. Lot (4827 dan 3974) adalah jelas dan kita tidak sekalipun berniat untuk pelingkungan semula yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya sejak 1998,” kata Wong.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan SUK Selangor pada Selasa.
“Mungkin ada sesetengah orang tak tahu baca peta,” katanya.
Bagaimanapun berdasarkan pendedahan Badrul di dalam minit mesyuarat ketika pimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2014, lot berkenaan termasuk di dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
Khalid katanya telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetlands.
Malah empat menteri besar sebelum ini juga melakukan perkara sama dengan mahu mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau tidak seperti yang dilakukan oleh Azmin yang menukar kawasan berkenaan bagi tujuan pembangunan.
Pada satu sidang media pagi tadi, Badrul berkata tanah di Lot 68504 tanah seluas 1529 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran telah siap dipinda pada 9 April 2016.
-BNBBC
Sumber: The Selangor Post
Leave a Reply