Nelayan yang dibebaskan berterima kasih kepada Parti Gerakan dan BN (17.6.16)

LEE TECK

Chua Lee Teck (lima dari kanan) disambut baik oleh Pengerusi Gerakan Selangor Dato David Ang (lima dari kiri), Ketua Bahagian Gerakan Sungai Besar Dato Ng Lian Keng (empat dari kanan) dan pemimpin Gerakan tempatan yang lain.

Dua orang nelayan tempatan – Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong, yang ditahan oleh Indonesia selama lebih 3 bulan, telah pulang ke Bagan Sekinchan semalam.

Chua Lee Teck, yang merupakan seorang ahli Parti Gerakan, pula mengunjungi pejabat Parti Gerakan Bahagian Sungai Besar pada pagi ini dan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin parti dan Barisan Nasional atas segala usaha dan pertolongan mereka menyelesaikan masalah nelayan, termasuk mendapat keampunan Presiden Indonesia untuk membebaskan beliau.

Kedatangan beliau disambut baik oleh Pengerusi Parti Gerakan Selangor Dato David Ang, Ketua Bahagian Gerakan Sungai Besar Dato Ng Lian Heng dan pemimpin-pemimpin Gerakan tempatan yang lain. Lee Teck berterima kasih kepada BN dan mengatakan beliau akan mengundi calon BN YB Budiman dalam PRK Sungai Besar yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Pada masa yang sama, David Ang merasa bersyukur kerana Lee Teck dapat pulang ke tanahair dengan selamat, dan mengambil kesempatan pada perjumpaan pagi ini menyerahkan kad keahlian yang baru diperbaharui kepada Lee Teck.

David percaya, walaupun kes pertahanan 2 nelayan tersebut telah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawap menjadi isu politik, di mana BN dituduh mengadaikan keselamatan nyawa nelayan, namum pengundi Sungai Besar berkemampuan membuat analisa tersendiri dengan rasional terhadap tuduhan sedemikian.

“Sebenarnya kes tersebut tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil. Sekian lama ini, Parti Gerakan sentiasa berhubung rapat dengan nelayan tempatan dan berusaha menangani masalah mereka. Saya yakin pengundi tempatan faham akan kebenaran ini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: