Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Selangor Dato’ David Ang Chin Tat mengecam DAP dan Amanah yang sanggup menggunakan isu perkauman untuk menghasut sentimen para pengundi apabila keadaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar kini tidak lagi memihak kepada calon mereka.
Beliau berkata bahawa DAP dan Amanah di sepanjang tempoh berkempen sanggup menyebarkan mesej berbaur kebencian dengan mendirikan papan tanda poster secara terbuka dan penggunaan kata-kata sensitif bagi menghasut sentimen perkauman para pengundi.
“Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang tamat pada baru-baru ini, DAP telah diberikan satu pengajaran keras, tetapi mereka masih tidak sedar dan enggan mengambil iktibar dari pengajaran tersebut. Malahan, mereka bertambah buruk dan sanggup mengambil haluan yang bertentangan dengan slogan harmoni dan demokrasi yang ditekankan oleh mereka sebelum ini. Tindakan mereka sedemikian mencerminkan bahawa Pakatan Harapan hanya mengutamakan undi selama ini dan sanggup berbuat apa saja bagi mencapai tujuan tersebut, termasuk menggadai kepentingan para pengundi,” kata David Ang.
Dengan itu, David Ang menyeru pihak lawan supaya berhenti menggunakan taktik kotor, mereka seharusnya merenung sebab-sebab kekalahan mereka di Pilihan Raya Negeri Sarawak di mana mereka kehilangan majoriti undi kaum Cina, tetapi bukannya terus memburukkan Barisan Nasional (BN)!
“Kini, BN telah belajar dari kesilapan silam dan terus bertambah baik demi para pengundi serta berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh keikhlasan. Manakala pembangkang telah lupa akan peranan mereka dalam “check and balances” dan memantau prestasi kerajaan, mereka kerap mencantikkan kesilapan mereka serta giat menuju ke arah ekstremisme.”
Leave a Reply