David Ang: Kedatangan pemimpin SUPP di Sg Besar terus mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap BN (11.06.16)

Dr Sim 2

(Dr Sim berkempen bersama Jentera Pilihanraya Parti Gerakan)

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) YB Datuk Dr Sim Kui Hian tiba di Sekinchan awal pagi ini untuk memberi sokongannya terhadap calon BN. Dalam jadual perjalanan yang ketat, Dr Sim, yang baru-baru ini menang dalam pilihanraya di Sarawak atas mandat kuat dari pengundi kaum Cina, turut menyertai rakan-rakannya dari parti komponen BN turun padang berkempen, disamping sempat melawat bilik gerakan parti-parti komponen.

 

Pengerusi Parti Gerakan Selangor Dato David Ang, yang mengiringi Dr Sim bersuai kenal dan bermesra dengan pengundi-pengundi tempatan berkata, kedatangan Dr Sim akan terus mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional.

Dr Sim 1

(Presiden SUPP YB Dato Dr Sim Kui Hian (empat dari kiri), yang diiringi Pengerusi Gerakan Selangor Dato David Ang (lima dari kiri) dan Ketua Bahagian Sungai Besar Parti Gerakan Dato Ng Lian Heng (dua dari kiri) bermesra dengan pengundi tempatan.)

David Ang terus berpendapat, calon BN YB Budiman merupakan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan berdedikasi, dan imej yang baik ini akan terus dipertingkatkan lagi dengan adanya sokongan dari pemimpin parti komponen lain yang berkaliber seperti Dr Sim.

Setelah mengunjungi bilik gerakan Parti Gerakan, UMNO, MCA dan MIC, Dr Sim turut menyertai dialog bersama Persatuan Bomba Sukarelawan Sekinchan anjuran Jentera Pilihanraya PRK Parti Gerakan, dan menghadiri Program Rela Bersama Pemimpin yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid.

Dr Sim 4

(Dr Sim (duduk tengah) berdialog dengan Persatuan Bomba Sukarelawan Sekinchan.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: