GERAKAN bidas ketidaktelusan Kerajaan Selangor dalam projek pembersihan kawasan hutan(27.2.16)

Gerakan VS Azmin

GERAKAN menuduh Kerajaan Selangor berurusan secara tidak telus, dan mendesak dokumen projek pembersihan kawasan hutan didedahkan.

Pengerusi GERAKAN Selangor, David Ang Chin Tat menepis penafian Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan pimpinannya menganugerahkan kontrak pembalakan kepada dua kontraktor tanpa melalui tender terbuka.

“Azmin asyik berkata Kerajaan Selangor telah menugaskan Jabatan Perhutanan untuk menyiasat kelayakan kontraktor-kontraktor yang memohon untuk membersihkan dua kawasan hutan itu, dan memilih dua kontraktor daripada kalangan itu, tetapi setelus mana proses pemilihannya?” soal Chin Tat menerusi kenyataannya, hari ini.

“Bagaimana boleh mereka buktikan Jabatan Perhutanan bebas daripada pengaruh kerajaan negeri?”

David berkata, ketara sekali projek pembersihan kawasan hutan itu tidak melalui tender terbuka, dan kontrak diberikan kepada dua kontraktor yang tidak berpengalaman dalam bidang itu.

Beliau mencabar EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong supaya menggesa Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen berkenaan projek itu.

“Jika tidak, beliau (Elizabeth) sekadar ‘rubber stamp’ tanpa fungsi sebenar dalam Dewan Negeri,” kata Chin Tat.

Chin Tat berkata, hubungan antara Kerajaan Selangor dan dua kontraktor terlibat masih belum jelas, maka semua butiran berkaitan perlu didedahkan.

Sebelum ini, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa, beliau mempunyai bukti kerajaan negeri menganugerahkan kontrak pembalakan tanpa melalui tender terbuka.

Bagaimanapun, Wong menepis dakwaan itu semalam dan berkata, kontrak yang disebut oleh Badrul itu sebenarnya ialah pembalakan pembersihan kawasan, dan bukan pembalakan komersial, yang diharamkan sejak tahun 2010.

Sumber: FMT News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: