Dedah dokumen perbincangan jika penstrukturan semula air gagal, kata Azmin (9.7.15)

Chief Minister of Selangor Azmin Ali give speech during launching of Bubur Lambuk for Ramadan 2015 at State Mosque,Shah Alam,Selangor on June 18,2015.-The Malaysian Insider pic by Seth Akmal.

Chief Minister of Selangor Azmin Ali give speech during launching of Bubur Lambuk for Ramadan 2015 at State Mosque,Shah Alam,Selangor on June 18,2015.-The Malaysian Insider pic by Seth Akmal.

Kerajaan Selangor menyediakan notis penjelasan dan surat perbincangan dengan kerajaan persekutuan berkaitan proses memuktamadkan perjanjian utama penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini untuk didedahkan kepada umum.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kandungan dokumen itu akan didedahkan sekiranya kerajaan persekutuan tidak menunjukkan komitmen dan gagal memuktamadkan perjanjian air itu dalam tempoh terdekat.

“Saya sudah siapkan nota penjelasan yang akan kami edarkan pada masa yang sesuai termasuk surat yang menyatakan persetujuan kedua-dua pihak berhubung isu ini.

“Sekiranya tiada komitmen oleh kerajaan persekutuan saya terpaksa mendedahkan apa-apa perkara yang diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri serius untuk memuktamadkan perjanjian itu dan pihaknya tidak pernah mengubah prinsip perjanjian itu.

“Jangan salahkan kerajaan negeri, kami setuju dan bagi komitmen untuk memuktamadkan perjanjian ini.

“Saya juga mengambil langkah tambahan bertemu dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri baru-baru ini untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian berhubung isu ini,” katanya.

Pada Selasa lepas, Azmin dilaporkan berkata penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan dalam masa terdekat mungkin ditangguhkan lagi berikutan kerajaan negeri menerima notis daripada Pejabat Peguam Negara menyatakan bahawa kerajaan negeri perlu menyerahkan aset tanahnya kepada kerajaan persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan itu.

Azmin turut dilaporkan berkata penangguhan itu juga disebabkan sikap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang sering berdolak-dalik dan menukar pendirian mereka dalam menyelesaikan perkara itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Loo Took Gee bagaimanapun menafikan dakwaan Azmin dan menjelaskan perjanjian itu mengambil masa lebih lama untuk dimuktamadkan ekoran tuntutan berterusan oleh kerajaan Selangor ke atas dua aset persekutuan, iaitu Loji Rawatan Air Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Nenas. – Bernama, 9 Julai, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dedah-dokumen-perbincangan-jika-penstrukturan-semula-air-gagal-kata-azmin#sthash.3JMTlSKQ.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: