Rakyat perlu dididik sejauh mana mereka boleh “bergurau” – Gerakan (24.6.15)

(Gambar: The Malaysian Times)

(Gambar: The Malaysian Times)

Setiap kakitangan awam dan juga orang ramai perlu dididik mengenai Perlembagaan Persekutuan supaya mereka mempunyai pengetahuan sejauh mana mereka boleh “bergurau” mengenai agama dan bangsa masyarakat di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng berkata demikian merujuk kepada ucapan seorang guru kanan Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim di Kedah yang didakwa memberitahu pelajar bukan Islam agar tidak minum dalam kelas.

“Kenyataan-kenyataan seperti ini bukan pertama kali berlaku. Dah banyak kali. Tetapi tidak ada seorang pun yang disabitkan kesalahan sedangkan perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu ada sahaja individu yang akan cetuskan isu-isu sensitiviti ini tidak kisahlah secara sengaja ataupun tidak.

“Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini dari terjadi lagi, saya berpandangan setiap kakitangan awam perlu di didik mengenai perlembagaan persekutuan jadi mereka faham apakah perkara-perkara yang ada dalam perlembagaan persekutuan.

“Jadi, mereka tidak akan buat kesalahan seperti ini yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT).

Tambahnya lagi, beliau berpendapat guru sekolah tersebut tidak patut dikenakan hukuman kerana dia tidak tahu ucapannya itu mampu mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Rasanya, kalau dia dah minta maaf saya rasa tidak perlulah dia dikenakan tindakan kerana dia pun manusia juga. Mana-mana manusia tidak boleh lari dari buat kesalahan.

“Sebab itulah saya kata, jika dia diajar mengenai Perlembagaan Persekutuan, dia tidak akan berani keluarkan kenyataan macam ini. Sekarang ini dia dah tahu apa yang dia katakan itu salah saya harap dia tidak akan ulang lagi,” ujarnya.

Satu aduan telah dibuat kepada Pengarah Pelajaran Negeri Kedah berhubung ucapan yang diberikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim di dalam perhimpunan rasmi sekolah itu pada 21 Jun yang lalu.

Ucapan tersebut menyatakan bahawa “murid-murid bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air di dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip atau air kencing sendiri.”

Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan turut menegur tindakan guru tersebut yang menimbulkan kemarahan pelajar dan ibu bapa.

“Saya dimaklumkan bahawa guru itu menggunakan perkataan itu secara berseloroh tanpa berniat untuk menyakiti hati pelajar. Walau bagaimanapun, apabila berdepan dengan pelajar, penggunaan kenyataan seperti itu TIDAK DITERIMA,” Kamalanathan menulis di laman rasmi Facebook beliau pada malam Isnin.

“Guru harus sedar kemungkinan akibat buruk yang akan diterima lebih-lebih lagi dengan pelajar,” katanya.

“Setelah selesai siasatan polis, tindakan yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang dan juga sebagai peringatan kepada guru-guru untuk peka bagaimana untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar mereka,” kata Kamalanathan.

Sumber: The Malaysian Times

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: