PAS bakal hilang 14 DUN di Selangor – Dr Hatta (6.6.15)

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata analisis yang dibuat oleh pihaknya mendapati di Selangor hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS dipengaruhi undi daripada bukan Islam. - Foto TRP/Azrol Ali Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-bakal-hilang-14-dun-di-selangor-dr-hatta/#ixzz3cXoX3bZm

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata analisis yang dibuat oleh pihaknya mendapati di Selangor hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS dipengaruhi undi daripada bukan Islam. – Foto TRP/Azrol Ali
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-bakal-hilang-14-dun-di-selangor-dr-hatta/#ixzz3cXoX3bZm

PAS mungkin membayar dengan harga yang tinggi ekoran keputusan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata analisis yang dibuat oleh pihaknya mendapati di Selangor hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS dipengaruhi undi daripada bukan Islam.
“Saya harap kita ambil strategi dan pendekatan khususnya di kawasan-kawasan yang kita rasa undi-undi akan dipengaruhi oleh bukan Islam.
“Di Selangor, PAS ada 15 kerusi di mana 14 kerusi daripadanya jumlah pengundi bukan Islam melebihi majoriti yang kita dapat dalam pilihan raya yang lepas.
“Kalau hilang teras defisit daripada bukan Islam ini, atas kertas kita kalah 14 kerusi ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar di sini.

Menurut Dr Hatta, satu kerusi DUN yang dapat dikekalkan DUN Bangi di mana majoriti yang diperolehi melebihi jumlah undi bukan Islam.
“Satu kerusi yang mungkin hebat sikit, DUN Bangi yang kita boleh kekalkan tanpa undi bukan Islam.
Usul tergempar yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Rabu lalu telah diluluskan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama tanpa bahas.
Usul yang memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP itu diambil ekoran tindakan parti tersebut tidak menghormati prinsip, polisi dan dasar PAS.
Bagaimanapun, PAS masih kekal di dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.
“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 19 Syaaban 1436 bersamaan 6 Jun 2015 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dengan sesungguhnya menuntut dan menggesa PAS Pusat mempertegaskan kepada rakan PR agar meghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.
“PAS Pusat tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan.
“PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat,” memetik Usul-usul Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang diedarkan awal pagi ini.
Usul tersebut juga turut dibawa oleh PAS kawasan Tumpat yang menuntut perkara yang sama selain DUPP.
Keputusan itu dibuat ekoran ketegangan yang dihadapi di antara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini.
Ini termasuk tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kekal bersama PAS.
Tindakan DAP itu dikatakan merupakan satu sikap menghina Presiden dan PAS itu sendiri.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-bakal-hilang-14-dun-di-selangor-dr-hatta/#ixzz3cXoCX5HK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: